16 Sept - Satu Fantasia tapi cukup untuk menduga sokongan

Thursday, May 28, 2009

So near yet so far, Anwar sendiri tidak menyangka bahawa dengan gabungan bersama DAP dan PAS , Pembangkang dapat menguasai 5 negeri walaupun Perak dimenangi dengan tipis sekali. Tiba -tiba semangat untuk menjadi Perdana Menteri meluap- luap walaupun rakyat memberikan mandat kepada Barisan Nasional untuk memerintah Malaysia. Duit bukan masalah bagi Anwar kerana bagi beliau duit boleh masuk mencurah-curah dari negara luar yang termakan tipu daya beliau.

Bagi Anwar , mandat yang diberikan oleh rakyat tidak perlu dihormati , perlembagaan Negara juga bukan penghalang bagi beliau yang peting adalah kerusi Perdana Menteri mahu ditakluki. Rasuah dan wang perkara biasa . Dengan sedikit pergolakan dalam UMNO ketika itu membuka peluang untuk Anwar melakukan hasrat jahat beliau.

Jika beliau boleh membeli 40 Ahli Parlimen dan sekira 40 ahli Parlimen melompat parti beliau akan menjadi Perdana Menteri tanpa mengira perlembagaan lain dimana jika 40 Ahli Parlimen ini melompat Parti dan dengan perkenan DYMM Yang Di Pertuan Agung , Parlimen boleh dibubarkan untuk diadakan pilihan raya umum kembali. Sekiranya di adakan pilihan raya Umum kembali pasti 40 orang ini tidak akan disenaraikan oleh BN dan sudah tentu Anwar akan kecundang kembali. Namun fakta ini di sorok oleh Anwar kerana beliau tahu bahawa beliau tidak akan boleh membeli kesemua 40 Ahli Parlimen. Ini tidak mungkin akan berlaku. Namun Anwar mahu menipu rakyat dan penyokong beliau , bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang bijak dan boleh menjadi Perdana Menteri.

16 Sept juga digunakan bagi mencuba bagaimana penerimaan ahli parti beliau dan juga apakah penerimaan pemimpin Pembangkang yang lain sekiranya beliau dinobatkan sebagai Perdana Menteri. Di sini juga adalah kayu pengukur kepada penerimaan sahabat sahabta lain , sekiranya PR menang , apakah ada tentangan dari mereka untuk melantik beliau menjadi Perdana Menteri.

Hanya DAP yang Nampak bersetuju dan juga kumpulan Erdogan Pas yang boleh menerima beliau. Kumpulan ulamak Pas , terutamanya Hj Hadi tidak menunjukkan minta beliau terhadap 16 Sept ini. Itulah sebab dalam pemilihan pucuk kepimpinan Pas hari ini , Husam kumpulan Erdogan dipertarungkan untuk merebut jawatan Timbalan Presiden .Husam sendiri berkata beliau perlu menyekat penyandang sekarang , ustaz Nasharuddin kerana ustaz Nasharuddin lebih cenderung untuk bersatu dengan UMNO , sebaliknya Husam lebih berminat dengan DAP.

Anwar telah meredah lautan dan telah membuat beberapa pertemuan dengan Ahli Parlimen di Sabah dengan menggunakan Yong Teck Lee sebagai orang tengah. Wang berjuta juta telah tersedia ,malahan Yong Teck Lee adalah orang yang paling beruntung sebagai broker, ada Ahli Parlimen yang mungkin telah menerima sebahagian dari sogokan berkenaan. Ambil jangan tak ambil kata mereka. Anwar tentu tidak berani mendedahkan bahawa beliau memberikan sogokan. Bukan setakat sogokan wang sahaja, Anwar menyogok jawatan sekali. Anwar tidak menghormati kawan kawan dan pemimpin dari parti lain. Beliau menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Anifah Aman, Jika ini benar-benar berlaku bermakna, Lim Kit Siang mahupun Hj Hadi tidak akan mendapat kerusi berkenaan. Apakah beliau mahu meletakan mereka sekadar menteri biasa sahaja atau pun beliau mahu meletakkan mereka sebagai Timbalan Perdana Menteri 1 , 2 dan 3. Itu baru yang ditawarkan kepada Anifah Aman saja, tentu Anwar ada menawarkan kepada yang lain juga. Berapa Timbalan Perdana Menteri yang akan dimiliki oleh kerajaan Anwar Ibrahim?

Ramai yang mungkin tidka tahu kenapa Anifah Aman mendedahkan tawaran Anwar, itu sebenarnya Masage kepada ketua pemimpin pembangkang yang lain. Lihatlah betapa kotor nya manusia yang bernama Anwar Ibrahim ini. Kepada rakyat negeri Perak pula, lihat lah apa yang mahu dilakukan oleh Anwar , kini kembali kepada Anwar. Kenapa ketika Anwar mahu merampas kuasa , anda semua berdiam diri , tidak ada yang mahu mogok lapar. Kenapa Nizar tidak bercerita pasal perlembagaan parti. ? Kenapa sewaktu ini , semuanya halal dan apa yang berlaku di Perak yang mirip apa yang dirancang oleh Anwar , mereka katakan haram pula.

Yong Teck Lee menjadi mangsa dan terpaksa keluar BN kerana telah termakan budi Anwar Ibrahim dan Allah masih menyayangi rakyat Malaysia dan kita terselamat dari kemelut politik kotor Anwar
Oleh ~Sang Rajawali

0 comments:

Blog dan Web Lain

Blog dan web lain

Blog dan web lain

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP