Mukadimah

Friday, May 22, 2009

Assalamualaikum , Lahirnya blog ini atas kesedaran banyak penipuan yang telah dibuat oleh Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat ini yang telah banyak mengakibatkan perpecahan di kalangan orang - orang Melayu dan mengakibatkan bangsa asing membenci bangsa Melayu. Tujuan blog ini diilhamkan bagi kita menyampaikan segala yang benar yang telah diputarbelitkan oleh pemimpin yang lidah bercabang ini yang sering lidah bergetar apabila berucap kerana terlalu banyak penipuan yang telah dibuat oleh lidah yang tidak berulang itu. Selain dari satu penipuan besar 16 Nov , banyak lagi penipuan yang telah beliau lakukan dan kelicikan beliau dalam menangkis serangan terhadap diri nya juga perlu diperjelaskan kepada rakyat di blog ini. Sumbangan berita dari pembaca amat kami hargai , hantarkan email kepada no2anwaribrahim@gmail.com. Terlalu lama dan terlalu banyak kemusnahan pemikiran rakyat yang telah dibuat oleh Anwar Ibrahim dan perkara ini perlu dibendung dengan segera. Ini sajalah perjuangan kita bagi membantu bangsa agama dan tanah air melalui penulisan. Sudah tiba masanya bagi kita menyedarkan rakyat dan kami akan membongkar semua pembohongan Anwar Ibrahim dengan bantuan pembaca di laman ini. Terima Kasih kepada mereka yang menyokong blog ini dan matlamat kita adalah memastikan rakyat tidak akan tertipu lagi dan memenangi pilihan raya yang ke 13 dengan cemerlang.~ SangRajawali

0 comments:

Blog dan Web Lain

Blog dan web lain

Blog dan web lain

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP