Siapa Gila Kuasa

Friday, May 22, 2009

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau bukanlah seseorang yang gilakan kuasa hanya untuk mendapatkan kuasa.

"Saya tak gilakan kuasa hanya kerana hendak dapatkan kuasa tetapi saya perlukan kuasa untuk berkhidmat kepada rakyat dan memastikan kejayaan pembangunan negara.

"Tapi ada orang yang tak sabar-sabar nak power (berkuasa)," katanya pada Majlis Keraian dan Jasamu Dikenang di Kementerian Kewangan di Putrajaya, Rabu.

"Kuasa hanyalah cara untuk mencapai sesuatu dan sesuatu itu adalah untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara," katanya yang jelas merujuk kepada pemimpin pembangkang tertentu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Anwar Ibrahim gila kuasa kerana mahu berkuasa , Tarikh 16 Sept membuktikan bahawa beliau adalah manusia yang gila kuasa , walaupun pilihan raya umum yang ke 12 tidak sampai setahun berlalu dan mandat telah diberikan kepada kerajaan BN untuk menerajui Negara , Anwar mahu mencari jalan rengkas bagi menafikan hak rakyat dengan merancangkan rampasan kuasa dengan memujuk sebilangan ahli parlimen untuk melompat parti.

Allah SWT masih sayangkan rakyat Malaysia , Anwar gagal untuk memiliki kuasa sebagai Perdana Menteri , malahan beliau terpaksa menelan kembali akibat perbuatan jijik dan jelik beliau . Inilah bezanya antara kedua pemimpin.

0 comments:

Blog dan Web Lain

Blog dan web lain

Blog dan web lain

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP