Tabiat Anwar 1

Friday, May 22, 2009


Setiap kali beliau gagal mencari helah untuk menangkis pendedahan tentang kemungkaran beliau lakukan , pasti beliau akan dengan spontan membuat kenyataan akhbar, "Saya akan menyaman " inilah kata hikmat Anwar untuk lari dari kemungkaran yang beliau lakukan. Kita telah mendengar banyak kali Anwar mahu menyaman pemimpin UMNO , namun 99% kata - kata itu hanya lah untuk meredakan serangan terhadap dirinya. Bagi Anwar , yang penting adalah mengalihkan tumpuan rakyat tentang kemungkaran yang beliau lakukan ketika itu. Walaupun ianya tetap akan terbongkar di masa akan datang , beliau akan mengalihkan pula kepada isu yang telah basi .

Inilah kepakaran Anwar dan penipuan yang sering dilakukan oleh Anwar Ibrahim yang kini telah dapat dijangka oleh rakyat. Kita masih menunggu Anwar kini berkokok menafikan menawarkan jawatan tertinggi kepada Anifah Aman jika melompat parti . Jalan mudah adalah mengumumkan kepada akhbar bahawa beliau akan menyaman Anifah jika Anifah tidak menarik balik keyataan beliau. Anifah mengalu-alukan Anwar untuk menyaman beliau . Pastinya Anwar akan terus berdiam diri dan membisu selepas ini kerana bagi beliau , kenyataan menyaman sudah cukup menyakinkan penyokong beliau yang terlalu taksub kepada beliau .

0 comments:

Blog dan Web Lain

Blog dan web lain

Blog dan web lain

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP