Umpan Penanti tak laku

Saturday, May 23, 2009


oleh: Ikma Hisham
Lain yang dirancang lain pula yang terjadi , harapan untuk menewaskan BN di Penanti dalam siri pilihan raya kecil yang menjadi projek Anwar Ibrahim untuk mengheret rakyat khususnya orang Melayu terus berpolitik sepanjang masa akhirnya gagal . Projek kali ini gagal kerana tidak akan mendapat sambutan kerana Najib tidak mahu melayan kerenah Anwar. Apa yang boleh Anwar katakan melainkan mengeluh kekecewaan. Anwar langsung tidak menyangka Najib berani menidakkan permainan Anwar dan Anwar tidak menyangka bahawa keputusan yang Najib lakukan tidak langsung memberikan back fire kepada UMNO , malahan rakyat boleh menerima keputusan Najib dan ianya seolah-olah memberikan tamparan hebat kepada Anwar kerana Najib membuktikan bahawa sememangnya benar Anwar mempersendakan Pilihan Raya kecil dan melabelkan Anwar pemimpin yang suka bersandiwara dengan tettik pilihan raya kecil beliau.

Anwar tentu kecewa apabila masuk kandang hanya bermain dengan lawan-lawan dari parti dalaman sendiri. sendiri buat pilihan raya sendiri mengundi dan sendiri menang, Ini merupakan satu penghinaan Najib yang teramat besar kepada Anwar dan amat memalukan Anwar secara peribadi. Ibarat orang yang menjual tetapi tidak ada yang membeli , Ini bermakna barang yang dijual adalah barang kecil. Apa Anwar ingat pilihan raya kecil adalah satu permainan dan apakah Anwar ingat pilihan raya kecil ini bagaikan anak-anak main masak -masak. main lah sendiri. Lebih memalukan apabila BN akan bertanding di ADUN Manik Urai. Kerana ini adalah pilihan raya kecil yang sebenar . Jelas ini juga tamparan hebat kepada Anwar kerana pilihan raya kecilnya tidak laku dan hanya dibeli oleh parti bebas .

Tidak mustahil parti Bebas yang bertanding juga dialah parti yang ditaja oleh Anwar kerana mahukan sangat mengadakan pilihan raya . Seperti biasa Anwar memutarbelitkan fakta dan menuduh BN menaja calon parti bebas, Apa juga alasan Anwar , Penanti merupakan sesuatu yang amat memalukan.

0 comments:

Blog dan Web Lain

Blog dan web lain

Blog dan web lain

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP