Rakyat Tidak Akan Lupa Sejarah Pembohongan Terbesar 16 September

Wednesday, May 27, 2009

Kuala Lumpur — Akhirnya terjawab sudah tarikh 16 September yang
dicanangkan sebagai bermulanya sejarah Malaysia Baru di bawah pemerintahan
Pakatan Rakyat hanyalah satu sejarah dongeng dan pembohongan terbesar buat
rakyat di negara ini.

Hari ini terbukti Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar
Ibrahim bukan sahaja mengajar pengikutnya menipu malah tidak
bertanggungjawab dengan mewujudkan suasana yang tidak tenteram semata-mata
bagi menjayakan angan-angan tingginya.

Ahli Parlimen Muar yang juga Ketua Pemuda UMNO Johor, YB Razali Ibrahim
berkata walaupun ia tidak menjadi sejarah tetapi bagi seluruh rakyat ia
akan tetap dingati sebagai satu sejarah pembohongan terbesar.

Justeru beliau berkata mulai hari ini semua pihak perlu memberi tumpuan
terhadap kerja masing-masing daripada membuang masa membicarakan isu
berkenaan yang sebenarnya tidak membawa apa-apa perubahan kepada negara.

“Seperti yang dinyatakan oleh pelbagai pihak sebelum ini, tindakan tidak
bertanggungjawab Anwar ini bukan sahaja membuang masa rakyat, penipuan
terhadap penyokong, malah menyebabkan timbul pelbagai persepsi negatif
terhadap negara.

“Ini termasuklah kedudukan kerajaan sehingga mengundang risiko
ketidakyakinan para pelabur luar untuk melabur di negara ini yang akhinya
menjurus kepada ketidakseimbangan pasaran ekonomi semasa.

“Sepatutnya dalam tempoh negara yang baru selesai membentangkan
belanjawan, adalah lebih baik sekiranya semua pihak bersatu membicarakan
bagaimanakah untuk melaksanakan belanjawaan terbabit untuk diagihkan kepda
saluran yang sepatutnya untuk menjana ekonomi ke tahap yang lebih baik”,
katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.

Hari ini, 16 September 2008 merupakan sasaran Anwar untuk membentuk
kerajaan baru dengan kemasukan Ahli Parlimen Barisan Nasional ke dalam
pembangkang.

Sejurus pilihan raya umum lalu, Anwar dengan megah dan bongkak menyatakan
bahawa Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan pada 31 Ogos 2008, namun
kemudiannya berubah kepada 16 September.

Ditanya adakah Penasihat PKR itu perlu memohon maaf kepada rakyat Malaysia,
Razali berkata apa jua bentuk hukuman dan tindakan yang perlu dikenakan
terhadap Anwar biarlah rakyat sendiri yang menentukan.

“Bagi kita, apa yang penting sekarang adalah untuk meneruskan kerja dan
tanggungjawab terhadap rakyat dan negara”, ujarnya.

Berhubung tindakan Anwar untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri,
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kononnya sebagai rundingan untuk mengambil
alih kerajaan secara aman, beliau berkata tindakan tersebut merupakan satu
lagi pembohongan Penasihat PKR itu.

“Ini adalah untuk menutup malu selain menimbulkan persepsi baru terhadap
angan-angannya untuk menubuhkan kerajaan baru”, katanya.

3 comments:

PARPUKARI said...

SALAM PERJUANGAN DARI PARPUKARI! TERUSKAN USAHA MURNI ANDA! KAMI AKAN BANTU ANDA!

SUNAWAN said...

Juga salam perjuangan dari selatan semenanjung

Anonymous said...

Lawan tetap lawan!

Blog dan Web Lain

Blog dan web lain

Blog dan web lain

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP