Gila Gila Gila - Baru 3 - sebenarnya ada 99 gila

Friday, May 29, 2009

Ada 99 Jenis Gila dan Dia tergolong dalam golongan Gila


Gila ini sebenar nya ada 99 jenis gila , Kita bersetuju dengan kata orang-orang tua bahawa penyakit gila ini banyak jenisnya dan gila mahu berkuasa untuk menjadi Perdana Menteri, Menteri ataupun Timbalan menteri adalah salah satu daripada sindrom kegilaan yang mungkin kalau tidak dikawal akan mencederakan orang lain dan orang tua-tua kata juga, hanya orang gila yang tidak akan mengaku dirinya gila.

Satu lagi jenis gila ialah, mudah terpesona, terpedaya dan terpengaruh daripada orang gila yang cukup pandai berkata-kata, cukup pandai berjanji, bak kata orang lembut gigi dari lidah. Gila jenis ini tidak mengira siapa baik orang terpelajar, ulama, bekas mufti, imam tapi jahil tukil, lulusan Al-Azhar, ketua parti politik macam SAPP. Wartawan akhbar, penulis blog dan web apatah lagi rakyat biasa, mereka sanggup menjadi sama-sama gila dengan orang gila yang pandai berkata-kata itu.

Ada sahaja majlis orang gila, sebahagian akhbar dan wartawan yang percaya dengan cerita gila berbondong-bondong menghadiri majlis untuk memberikan liputan besar-besaran kepada kerja ataupun kenyataan orang-orang yang gila. Dan rakyat yang mulanya normal akhirnya turut menjadi gila kerana percaya kepada kenyataan orang gila yang dilaporkan oelh orang-orang yang turut terjangkit penyakit gila

Ini ada satu lagi berita Gila yang dibuat oleh Orang Gila.
1 OKT sasaran baru –Anwar masih berharap temui PM

PETALING JAYA: Selepas dua permintaan Pakatan Rakyat ditolak Perdana Menteri minggu lalu, kini perikatan pembangkang itu meletakkan tarikh sasaran yang baru - 1 Oktober ini - cuba merealisasikan pelan menukar kerajaan.< Ketika ditemui wartawan di Kota Baru Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau masih berharap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menemui beliau untuk membincangkan perkara yang telah dibangkitkan sebelum ini.”Saya tidak faham mengapa sukar bagi Dollah (Abdullah) untuk bertemu. Ini pun gila, lu sapa , PM nak jumpa lu .......


“Pertemuan antara kerajaan dan pembangkang adalah urusan biasa. Di mana-mana negara, ia selalu berlaku,” kata beliau selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.”Saya menggesa Abdullah agar mempertimbangkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan menghormati sistem demokrasi. “Beliau seharusnya tidak takut dengan ahli-ahli parti beliau. Gunakan kedudukan beliau untuk memanggil sidang khas Parlimen,” kata beliau lagi.Pada 16 September , Abdullah telah pun menolak permintaan Anwar agar diadakan pertemuan bagi membincangkan keadaan politik semasa negara dan membincangkan proses peralihan kerajaan secara aman, dan syor diadakan sidang khas Parlimen hari ini, yang dikemukakan dua hari kemudian. Sasaran 16 September dan 23 September sudah pun berlalu.


Sambil menegaskan masih mempunyai jumlah sokongan yang mencukupi, Anwar berkata, beliau tidak boleh dengan sewenang-wenangnya membentuk kerajaan disebabkan adanya bilangan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dalam jumlah yang memadai untuk melompat parti. “Saya tidak boleh pergi dan mengetuk pintu di Putrajaya, mengatakan saya mempunyai jumlah wakil yang mencukupi. Ini merupakan proses perundangan dan perlu mematuhi Perlembagaan Persekutuan, justeru ia akan mengambil sedikit masa tetapi akan bermula dengan pertemuan bersama Dollah (Abdullah),” katanya.Kata Anwar, bagi mengelakkan ketidakstabilan politik, pembentukan kerajaan persekutuan pimpinan Pakatan akan dibuat menerusi Parlimen.”Saya masih berharap untuk menemui Abdullah untuk perundingan.




“Apabila ia berlaku, perkara-perkara lain yang berkaitan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri boleh dibincangkan. Kami mempunyai bilangan (wakil rakyat BN).”Kerajaan (pimpinan BN) lemah dan kini mengenakan undang-undang kejam ke atas rakyat. Ekonomi berada dalam krisis.

“Saya mahu bertemu dan berkongsi idea bagaimana hendak membincangkan masalah-masalah negara. Beliau tidak akan mengalami kerugian jika bertemu kami,” katanya. Anwar juga menolak saranan supaya pihak ketiga menggerakkan pertemuan beliau dengan Perdana Menteri. Katanya, usaha pihak ketiga tidak diperlukan dalam hal tersebut.

Terdahulu, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua ketika dihubungi berkata, Pakatan Rakyat akan terus memastikan peralihan kuasa akan berlaku pada tarikh tersebut walaupun sidang Parlimen tergempar bagi membolehkan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri ditolak.”Kita sasarkan peralihan kuasa secara aman akan berlaku sebelum hari raya nanti.

“Ataupun satu persefahaman ke arah itu (peralihan kuasa) akan dapat dicapai pada 1 Oktober nanti,” katanya.Sehubungan itu, kata beliau, Pakatan Rakyat sedang mengatur satu rundingan dengan wakil Perdana Menteri bagi membincangkan mengenai perlihan kuasa antara kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat.

“Perdana Menteri enggan menemui kita, jadi kita akan berusaha untuk berurusan dengan pegawai-pegawainya untuk berbincang.”Kami percaya melalui perbincangan kita dapat membentuk kerajaan dalam keadaan aman,” katanya.Ditanya sama ada Pakatan Rakyat mempunyai perancangan untuk mengadap Yang di-Pertuan Agung bagi memohon perkenan membentuk kerajaan baru, beliau berkata, perkara itu perlu diuruskan dengan cara terbaik.

“Sebelum kita mengadap Yang di-Pertuan Agung, lebih baik kita selesaikan dengan rakyat biasa dahulu,” katanya.Anwar mengumumkan saran Pakatan Rakyat membentuk kerajaan menjelang 16 September pada 1 April lalu.

Lagi satu berita Gila Oleh Orang Gila
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan laporan agensi berita AFP hari ini kononnya wakil beliau dan Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim, sudah memulakan rundingan penyerahan kuasa sebagai berita ‘paling gila’ yang beliau pernah dengar.Agensi berita itu membuat leporan berkenaan memetik cakap Ketua Penerangan PKR Tian Chua. Kata Tian Chua kepada agensi berita AFP orang Pak Lah dan orang Anwar sudah jumpa lebih sekali pada hujung minggu lalu untuk bincang hal penyerahan kuasa “Niat kita mengadakannya ialah untuk peralihan kuasa kepada pembangkang, tetapi saya tidak boleh bercakap bagi pihak sana,” kata Tian kepada AFP.”Setakat ini ia nampak baik dan kita akan tungguh dan lihat apa yang berlaku,” tambahnya

6 comments:

PARPUKARI said...

DENGAN IZIN SAYA NAK MINTAK SEMUA PEMBACA BUDIMAN SUPAYA MEMBACA ARTIKEL INI DAN EDARKAN PADA SEMUA! SEJARAH TIDAK BOLEH DI PADAM!

http://parpukari.blogspot.com/2009/06/reid-commission-original-document.html

ghostWRITER said...

Atas dasar perikemanusiaan, bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, patut dibenarkan pulang ke Malaysia, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Laporan lanjut di http://ohpolitik.blogspot.com

Anonymous said...

siapa boleh tolong ulas artikel ini, terima kasih.

http://www.futurefastforward.com/malaysia-updates/1552-by-matthias-chang

Tok Pambu said...

Calun PAS dari PR P Pinang akan melalui jalan mudah untuk memenangai PRK di N11 Permatang Pasir.

Undi tetap untuk PAS sudah sedia ada dari kaum cina dan india sebanyak 27.55%, kini calun PAS cuma memerlukan undi kaum melayu sebanyak lebih kurang 30% sahaja pun sudah cukup untuk menang.

Kemenangan sudah pasti kepada PR, sepatutnya untuk menjimatkan wang negara, UMNO tidak perlu bertanding - sudah tentu pasti kalah.

Sekarang, walau dimana sahaja di adakan PRK tentu BN akan kalah.

SSS Admin said...

Tuan,

Maafkan kami kerana membuat jemputan kepada Tuan secara am seperti dibawah:-

Yang berbahagia Dato/Datin/Tuan/Puan/Saudara/Saudari,

Dengan segala hormatnya kami memaklumkan bahawa kami akan melancarkan portal “Satu Sekolah Untuk Semua (SSS)” di

http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com.

Kami menjemput anda untuk melayari laman web tersebut selepas Sambutan Merdeka 12tengahmalam pada 31 Ogos 2009. Anda dipersilakan untuk melayari tab “e-patriot”

(http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/patriotsinsuppor/)

di mana kami telahpun menyenaraikan laman citra anda di bawah senarai “e-patriot” (“Patriots displaying SSS Logo”). Kami ingin merakamkan rasa penghargaan kami yang tidak terhingga di atas sokongan anda terhadap Kempen SSS ini apabila anda telah mempamirkan logo SSS di laman citra anda. Terima kasih di atas sokongan berterusan anda terhadap Kempen SSS ini.

______________________

It is our honor to inform you that we will be launching "Satu Sekolah Untuk Semua (SSS)" portal at

http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com

Please visit the website after the 12midnite Merdeka celebration on 31 August 2009 and check out the "e-patriot" tab

(http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/patriotsinsuppor/).

We have listed your blog site under the "e-patriot" list (Patriots displaying SSS Logo). We wish to record our utmost appreciation for your support toward SSS campaign by displaying SSS logo at your blog site. Thank you for your continuous support toward the SSS campaign.


Terima kasih.

Satu Sekolah Untuk Semua

Blog dan Web Lain

Blog dan web lain

Blog dan web lain

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP