Anwar ajak BN Derhaka Kepada Sultan Perak

Monday, May 25, 2009


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemelut politik di Perak bukanlah isu perundangan yang boleh diselesaikan di mahkamah.
**
Sebaliknya, beliau yang juga ketua umum PKR berkata, ia hanya boleh diselesaikan melalui pilihanraya yang bebas dan adil.”Penyelesaiannya bukan pada istana atau mahkamah, tetapi mahkamah rakyat yang akan menentukannya,” katanya.
**
Sehubungan itu, Anwar mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengadakan pilihanraya baru di Perak bagi menyelesaikan kemelut politik sekarang."
**
Benar, apa yang disebutkan oleh Anwar Ibrahim itu ada kebenarannya, apabila berfikir secara mana dia berfikir.
**
"Matlamat menghalalkan cara" itulah cara dia dan itulah yang sedang di jiwai dengan sepenuh jiwa dan raga oleh Nizar. Kalau diteliti tindak tanduk dan lakonan Nizar, anda akan setuju bahawa watak dia lebih mirip macam "bukan puak PAS". Itupun atas dasar kita tengok PAS tu bawa agama dan tentulah akhlaknya agama. Namun apa nak heran kerana PAS pun hanya guna agama. Jadi kelaku Nizar ini sebenarnya kelaku PAS yang sebenar. Padanlah dia orang ini boleh elok berkomplot dengan parti macam PKR dan DAP. Sesuai sangat.
**
Kenapa yang Anwar sibuk nak serahkan kembali pilihan kepada rakyat? Bukan kah rakyat dah buat pemilihan pada 8 Mac, 2008.?
**
Apakah hanya sebab Komplot Pakatan pimpinan Nizar di Perak telah gagal sehingga mengakibatkan dia berhadapan dengan kehilangan sokongan di DUN maka dia hendak paksa Sultan bubarkan DUN?
**
PRU 12 Majoriti Kawasan di Perak telah pilih BN. Bukankah 28 Kawasan telah pilih BN? Cuma apabila 3 Parti berkomplot, maka DAP 18 berjaya mendapat sokongan rakan-rakan sehati sejiwa PKR 7 dan PAS 6 untuk mempersembahkan kebawah Paduka Sultan yang dengan komplot ini, merekalah yang berhak tubuh Kerajaan? Siapa yang halang? BN tak sibuk pun?
**
Jadi apabila komplot tidak bertahan lama, akibat hilang percaya, 2 PKR dan 1 DAP isytihar jadi Bebas dan memberikan sokongan kepada 28 BN, maka BN lah sekarang mempunyai majoriti dan dia tubuhlah Kerajaan sehingga tempoh mandat rakyat ini berakhir pada PRU 13? Apa masaalahnya? Bak kata orang "kalau aku tak boleh dia pun tak boleh juga", ini lah sikap puak Komplot ini sehingga sanggup laku apa sahaja, walau derhaka walau guna rakyat sebagai perisai!
**
Nak saman Paduka Sultan takut dilihat derhaka yang terlampau dan mungkin dibenci orang, maka samanlah keabsahan (ayat lazim terkini anwaribrahim) Dr.Zambry. Bukankah itu mempersoalkan Titah Sultan, umpama saman Paduka Sultan lah juga, cumanya tak secara langsung.
**
Apabila nampak semua cara menuju gagal, jalan terakhir sekarang ialah jolok BN untuk rasa tercabar dan secara langsung selamatkan Komplot dari mendapat malu di Perak! Jatuhnya Kerajaan akibat hilang percaya oleh 3 ADUN sendiri, sudah sepatutnya diterima sebagai kelemahan bukan salahkan orang lain! Kalau bukan sebab kelemahan sendiri itu mahu dilindungi, tidaklah perlu menipu rakyat dengan cerita konspirasi dsbnya.
**
Tak payah! Tunggu sahajalah jalan keadilan di Mahkamah yang dimulakan sendiri. Alang-alang menderhaka, ambil sahajalah jalan derhaka! Diakhir perjalanan, benang yang dah kuyup itu akan gagal juga ditegakkan! Sekarang Anwar kata Mahkamah bukan caranya, kenapa?
**
Mahkamah isytihar Nizar Menteri Besar yang sah! Memanglah sah sebab dia dilantik oleh Paduka Sultan! Dr.Zambry juga sah sebab dia juga dilantik oleh Paduka Sultan!! Bukankah yang terbaru itu bermakna ganti yang lama? Kalaupun Sultan tak boleh pecat tetapi Baginda boleh lantik bukan? Jadi yang baru ganti lantikan yang lamalah! Budak sekolah pun faham! Lepas ini kita adakan sidang DUN untuk sahkan didalam DUN lah, apa susahnya! Takuuttt? BN boleh panggil sidang DUN untuk nyatakan sokongan sepenuhnya dan percaya terhadap Dr.Zambry sebagai MENTERI BESAR kerajaan baginda. BN juga boleh ambil sikap tunggu keputusan mahkamah memandangkan ianya sudah berada disana.
**
Rakyat jangan digunakan walaupun sudah terdesak! Ikut nasihat YAB Perdana Menteri, Rakyat didahulukan. Jangan asyik jadikan rakyat keliru kemudian rakyat di tipu dengan cerita karut!
**
Bawa bersabarlah wahai tuan hamba!
**
Jangan kalutkan orang lain hanya untuk mencari teman didalam perjalanan mu yang gelap gelita dan sunyi derita itu!
**
Untuk Nizar, seruan kita ialah bawalah bershalawat banyak-banyak dan ingatkan diri itu dari puak PAS. Takut nanti bak orang kata, "Perangai seseorang itu, sepertimana perangai orang yang dikawannya".

0 comments:

Blog dan Web Lain

Blog dan web lain

Blog dan web lain

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP