Anwar cuba rasuah calon Bebas

Sunday, May 24, 2009

Setelah gagal untuk memancing BN bertanding di pilihan raya Penanti , Anwar Ibrahim cuba mengaitkan BN dan UMNO lantas membuat tuduhan bahawa ada calon bebas yang ditaja oleh BN. Perdana Menteri hari ini menafikan bahawa BN tidak mengenali dan langsung tidak mengetahui latar belakang calon-calon berkenaan. Inilah cara politik Anwar yang sentiasa mahu membuat gimik dan membesarkan isu yang tidak langsung berkaitan untuk mencari tumpuan. Anwar mungkin tertekan dan merasa tamparan yang teramat sangat apabila pancing umpan busuk mereka tidak mengena.

Paling memburukkan lagi apabila BN siang-siang lagi telah mengumumkan untuk bertanding di Manik Urai ,Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sama sama menyatakan bahawa Barisan Nasional akan bertanding di pilihan raya kecil Manik Urau di Kelantan.Mereka berkata demikian di dua majlis berasingan Jumaat.Menurut Najib BN bertanding kerana kekosongan itu akibat kematian ADUN PAS kawasan itu dan ia adalah mengikut perlembagaan.

Anwar akan menggunakan kempen di Penanti untuk memburukkan BN dalam isu Menteri Besar Perak, Anwar Ibrahim juga akan turun berkempen dan ianya bukan menjadi kudis kepada BN kerana seperti yang kita sedia maklum Penanti dan Permatang Pauh adalah kandang mereka , Biarkan lah mereka terus melakukan apa yang mereka mahu lakukan . Dalam pada itu seorang calon bebas yang merupakan bekas wanita sememangnya mengharapkan agar BN tidak bertanding kerana beliau mahu menentang calon PKR dalam pilihan raya kecil Penanti.

Puan Aminah Abdullah, calon bebas di Penanti adalah bekas ketua Wanita PKR Pulau Pinang. Beliau meninggalkan PKR pada tahun 2007 kerana tidak 'sebulu' dengan kepimpinan PKR terutama Anwar dan isteri Dr. Wan Azizah. Beliau juga sering 'membelasah' Anwar dan Wan Azizah dalam mesyuarat PKR Pulau Pinang. Sejurus setelah Puan Aminah menyatakan hasrat ingin bertanding di Penanti menentang PKR, Anwar menghantar Puan Suzana Manja, bekas Timbalan S/U Agung PKR menemui Puan Aminah. Puan Suzana membawa mesej AnWAR dan Wan Azizah agar Puan Aminah tidak turut serta dalam p/raya kecil Penanti nanti.

Anwar tahu keupayaan Puan Aminah, namun kerana tidak mahu maruahnya tercalar, AnWAR berusaha keras memujuk Puan Aminah melalui utusannya. Malulah jika bekas Ketua Wanita PKR menentang calon PKR yang didukungi Anwar. Pastinya juga Puan Aminah tahu 'serba sedikit' perihal dalaman Anwar dan Wan Azizah. Anwar cuba menawarkan 'sesuatu' yang cukup besar kepada Puan Aminah agar beliau tidak menyertai p/raya di Penanti. Kesilapan Puan Suzana, utusan Anwar, ialah beliau menyatakan bahawa 'sesuatu' itu akan datang dari Anwar. Cubaan Puan Suzana ini juga bukan sekali, tapi berkali-kali. Pelbagai cara digunakan, panggilan telefon, SMS, emel dan juga faks.

Setelah Puan Suzana gagal dalam misinya, Anwar menggunakan PKR Pulau Pinang untuk memujuk PAS kawasanJelutong untuk memujuk Puan Aminah. Puan Aminah punya hubungan akrab dengan PAS Jelutong kerana beliau tinggal di kawasan ini w/pun menjadi Ketua Wanita PKR di Bukit Bendera. Mungkin 'segan' dengan pimpinan PAS Jelutong untuk bermain 'sesuatu', Anwar menawarkan jawatan senator kepada Puan Aminah dengan syarat beliau tidak bertanding serta mengumumkan kembali kepada PKR. Puan Aminah juga ditawarkan memiliki sebuah rumah mewah di Bayan baru selepas dilantik sebagai Senator. Puan Aminah seorang pejuang sejati. Tawaran demi tawaran gagal mengaburi mata beliau, matlamat perjuangannya jelas! Beliau juga pasti kenal siapa Anwar sebenarnya. Manusia yang akan berbuat apa saja demi memenuhi matlamat peribadi. Puan Aminah telah mengumumkan beliau akan mendedahkan perkara ini dengan BUKTInya sekali, sama-sama kita nantikannya.~sumber AIDC

1 comments:

C L J said...

Gilo bakali kito no. Dok cerito pasa nuar ni. Dio tu kae GILO. Baabo kito pulok gilo gilo dok cerito ha dio.

Blog dan Web Lain

Blog dan web lain

Blog dan web lain

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP